.:: Our Group Profile ::.
YUSUMAWATI BINTI YUSOFF
ERNI REIYANA BINTI MUHAMMAD NASRI
NORSHAM BINTI BIDIN
ZARINA BINTI ABU BAKAR



PROSES TEMBIKAR

Terdapat beberapa proses untuk membuat labu sayong: Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dikumpul dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus. Tanah liat itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang. Proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu.Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada. Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk menghitamkan labu, labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas labu yang telah menjalani proses pembakaran.

0 comments: